assalamualaikum..:)

Sunday, 3 July 2011

di sinilah hajiku..

diceritakan bahawa seorg ulama sufi baernama abdullah bin mubarak telah melihat sesuatu yg aneh di dalam  mimpinya..abdullah tertidur semasa iktikaf di masjidil haram pada satu musim haji..di dalam mimpinya, dia melihat dua org lelaki turun dari langit..daripada perbualan dua lelaki itu,ada satu perkara yg sungguh memeranjatkan abdullah bin mubarak..

sebaik saja terjaga, abdullah bertolak ke damsyik..itulah tempat yg disebutkn oleh dua org lelaki dalm mimpinya..dia mahu mncari seorg lelaki yg bernama Muwaffaq,nama yg disebut olh dua lelaki misteri dlm mimpinya..muwaffaq bkerja sbgai tukang kasut.muwaffaq telah melakukan amal kebaikan yg terlalu tinggi darjatnya sehingga mlimpahkn kberkatan yg luar biasa..

ALLAH s.w.t sngt mnyukai kebaikan yg dilakukan oleh si tukang kasut bertuah itu.mnurut cerita dua lelaki dlm mimpi abdullah, berkat drpada amalan yg dilakukan oleh muwaffaq, ALLAH berkenan menerima ibadah yg dikerjakan para jemaah haji pada tahun itu..subhanallah..

sebaik saja smpai,abdullah terus bertanya pd muwaffaq jka ada sesuatu kebaikn yg besar telah dia lakukan beberapa hari lalu..muwaffaq mnjawab
"aku tidak tahu kebaikan apa yg engkau maksudkan.barangkali tentang sedekah yg aku lakukan beberapa hari lalu"

"apa yg engkau sedekahkan?" tanya abdullah

"aku berikan sejumlah wang pd seorg janda"

"itu saja?"tanya abdullah lg...

"wanita itu memelihara beberapa org anak yatim.dan wang aku sedekahkan itu adalah wang yg telah bertahun-tahu aku simpan untuk pergi menunaikan haji.."jelas muwaffaq

"berat benarkah masalah wanita janda itu smpai kau berikan semua wangmu kpadanya?

seraya menarik nafas dan menghelanya dengn tenang,muwaffaq pn bercerita...

"suatu hari aku ke rumah wanita itu untk mminta sedikit makanan yg sedang dimasaknya..isteriku sedang hamil mahu menikmatinya selepas terhidu baunya yg mnyelerakan..tetapi rupa-rupanya makanan yg dimasak itu hanya boleh dimakan oleh wanita itu dan anak-anak yatimnya sahaja.."

abdullah mubarak sedikit hairan lalu bertanya.."kenapa begitu?"

"kau tahu apa yg dimasaknya?"tanya muwaffaq mnduga.." dia memasak sedikit daging yg diambil dari bangkai seelor keldai yg ditemuinya..sekadar mengalas perut kerana sudah berhari-hari anak-anaknya tidak makan..daging itu sudah tentu tidak halal bagiku..tetapi bagi  anak-anak yatim yg kelaparan itu ianya diharuskan..aku sungguh malu pada diriku sendiri.lalu aku pulang ke rumah dan mengambil semua wangku yg slama ini aku simpan utk blnja mnunaikan haji.aku berikan semua kepadanya buat membeli makanan dan menyara keperluannya anak-beranak.aku berdiri di hadapan rumah wanita itu,aku berkata pd diriku..DI SINILAH HAJIKU.."..cerita muwaffaq..

"inilah kebajikanmu yg telah mndapat nilaian tinggi di sisi ALLAH S.W.T ..BERTANGGUNGJAWAB serta KEIKHLASAN dan KESUNGGUHANmu dlm mngharapkan keredhoan ALLAH turut dinikmati rahmat dan berkatnya oleh org lain.." ulas abdullah bin mubarak sambil menahan rasa terharu....

No comments:

Post a Comment